Ini bilik Hafiz.
Dia kini tinggal di asrama yang berada di Shah Alam. Jadi, di bilik ini kamilah yang duduk. Bilik ini ada penghawa dingin. Sebelumnya tiada, selepas ayah saya beli penghawa dingin yang baru, ia meletakkan penghawa dingin di sini pula. Sebab itulah saya suka tidur di dalam bilik ini. Penghawa dingin ini boleh mencecah tahap kesejukan yang paling rendah ialah 18° Celcius.
Apabila saya berasa panas, saya akan membuka 18° Celcius dan tekan turbo. Apabila saya tekan turbo pula, anginnya akan deras dan membuatkan saya berasa selesa.
Waktu saya membuka penghawa dingin ini pada sebelah malam kerana, pada sebelah malam bilik akan panas. Selain itu, apabila hafiz balik ke rumah, ia akan tidur di sini dan salah seorang daripada kami terpaksa tidur di ruang tamu kerana tidak cukup ruang untuk tidur.