Ini bilik Ayah dan Emak.
Di dalam bilik ini ada komputer, katil, meja solek, dan banyak lagi. Di dalam bilik inilah saya dan adik-adik saya suka tidur. Sewaktu dahulu, bilik ini sahaja sumber untuk kesejukan. Jesteru itu kami adik beradik sangat suka tidur di dalam bilik ini. Jadi, emak saya merasa rimas kerana terlalu ramai orang yang duduk di dalam bilik ini.
Selepas pada beberapa bulan, emak saya memang tak tahan lagi kerana sampai dia pun tak dapat nak tidur kerana tak cukup ruang. Selepas pada itu pula penghawa dingin di dalam bilik ini tiba-tiba menjadi tidak sejuk lagi, barangkali gas penyejuknya telah bocor. Jadi, pada keesokan hari-nya ayah saya pergi kedai penghawa dingin untuk mendapatakan perkhidmatan menambah gas penyejuk ke dalam penghawa dingin tersebut.
Sewaktu itu juga ayah membeli sebuah penghawa dingin yang baru yang berjenama York. Pada hari itu juga orang kedai itu membubuh gas dan pada keesokannya orang itu memasang penghawa dingin yang baru di dalam bilik emak. Oleh itu, penghawa dingin yang lama yang berada di dalam bilik emak dipindahkan ke bilik Hafiz. Oleh itu juga bilik ini kekurangan budak-budak tetapi ada lagi budak yang suka tidur di sini iaitu Hilmi. Anda nampak kakinya di dalam gambar?????