Percaya kah anda bahawa gambar ini sebenarnya diambil di garaj kami ?

Ini adalah garaj rumah saya.

Di dalam garaj ini ada sebuah kolam. Kolam inilah adik-adik saya suka mandi disini. Orang selalu mula-mula masuk iaitu Mahfuzah dan orang yang terakhir keluar ialah Hilmi. Kami sungguh seronok mandi di sini kerana kolam ini luas. Asal usulnya garaj ini tiada kolam.

Sewaktu itu garaj ini diletak kereta. Pada suatu hari, Mahfuzah teringin hendak mandi kolam di Seberang Jaya. Selepas itu, emak saya tidak memberinya kerana waktu ini ada penyakit yang bernama Sars. Jadi emak saya bercadang Mahfuzah mandi di rumah sahaja. Selepas itu Mahfuzah tidak mahu kerana tiada kolam.

Oleh itu, pada petang itu emak saya pergi ke pasaraya besar yang bernama Carefour untuk membeli barang. Sewaktu itu Mahfuzah tidak ikut ke sana. Selepas beberapa jam, emak saya pulang ke rumah. Emak saya memberi kepada Mahfuzah satu kotak yang agak besar. Selepas itu Mahfuzah pun buka kotak itu lalu ia keluarkan sebuah kolam. Sebab itulah yang jadinya kolam di garaj ini.

 Back                                                                      Home                                                                                       Next