Ini Kereta Toyota LE.

Kereta ini emak saya beli sewaktu bekerja di Kuala Lumpur. Sewaktu itu juga emak saya belum lagi ada anak dan emak saya beli pada Bulan Jun, 1984. Selain itu, kereta ini lagi tua daripada saya, Kakak Masyitah, Abang Hafiz, Abang Asyraf, dan adik-adik saya Hilmi, Maisarah dan Mahfuzah.

Kereta ini sungguh kuat dan gagah kerana walaupun ia sudah tua, ia boleh ke Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan seluruh semenanjung Malaysia. Sekarang Ia juga dipandu oleh ayah saya.

Oleh kerana itu, ayah saya  tidak mahu menjual kereta ini kerana ia  ialah bernilai sentimen (sentimental value). Selain itu, antara 2 kereta yang kami ada, ayah paling suka kereta ini tetapi emak saya pula tidak mahu langsung menyentuh stering kereta ini selagi kereta kesayangannya (Wira) masih ada.

 Back                                                                           Home                                                                                   Next