Kereta ini ialah kereta Proton Wira.

Kereta ini dibeli pada tahun 2000. Kereta ini juga dibeli kerana ada sebabnya iaitu:

Pada suatu hari emak saya teringin hendak mempunyai kereta baru kerana supaya ia senang ke pejabatnya di Bukit Mertajam. Sebenarnya kereta Toyota LE ada, tetapi emak saya takut hendak memandunya kerana takut rosak tengah jalan. Sebelum kereta ini tiada, emak saya terpaksa bertolak dari rumah dengan berjalan kaki ke simpang jalan dengan ditemani saya dan aap. Selepas itu, emak saya pergi naik bas ke rumah kawannya yang bernama Boseh dan terus menaiki kereta makcik Boseh lalu ke pejabatnya.

Oleh kerana perkara itu, emak saya telah pergi ke kedai menjual kereta dan membeli sebuah kereta  Proton Wira 1.5 yang berwarna merah hati, nombor plate PEQ 2000 dan cukup dengan peralatannya. Selepas mendapat kereta ini ia sangat gembira dan senang hati pergi ke tempat kerjanya. Emak saya juga tidak lagi susah hati untuk memandu kereta baru ini.     

 

  Back                                                                          Home                                                                                    Next