Ini rumah saya.

Di luar rumah ini ada pelbagai benda dan tumbuhan sepertinya kereta proton wira, pokok bunga, meja rehat, dan banyak lagi. Rumah ini disewa pada bulan Ogos tahun 2001. Rumah ini juga ada 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang makan, dan 1 ruang dapur.

Sewaktu kami pindah rumah ini kosong dan tidak ada barang-barang lagi. Oleh sebab itu, ayah saya mengangkut barang dari  rumah lama dengan kereta putih. Oleh kerana kereta putih itu kecil dan tidak boleh muatkan perabot dari rumah lama, emak saya bercadang untuk menyewa lori kontena kawan dia.

Kawan emak saya setuju dan pada malam itu kami ke rumah lama untuk mengangkut perabot dan barang-barang di sana dibawakan ke rumah ini. Akhirnya rumah ini dipenuhi dengan perabot dan barang-barang sehingga sempit untuk masuk ke dalam rumah.

 

                                                                        Back        Home