Ini ialah almari kasut.
Di dalam almari kasut ini ada banyak kasut kami. Di dalam almari kasut ini juga ada pelbagai jenis jenama kasut, jenis kualiti, dan lain-lain. Apabila kasut kami rosak dan tidak dipakai, kami akan letakkan kasut kami di sini. Selain daripada itu, barang-barang beracun juga diletakkan di sini supaya tidak diambil oleh budak-budak kecil seperti Mahfuzah atau Maisarah.
Selain itu, rak ini dibeli sekali dengan perabot dapur seperti peti ais, rak pinggan mangkuk dan lain-lain pada bulan Ogos 2001. Rak juga dibeli di Kedai Perabot Azmi yang kini ada di Bandar Perda. Kedainya dekat dengan kedai Runcit.
Apabila kami datang ke kedai itu, kami akan singgah di Kedai Runcit itu sebentar untuk membeli peralatan yang perlu seperti peralatan dapur, makanan dan lain-lain. Terutama sekali apabila Mahfuzah datang, ia akan mengambil permainan. Walaupun emak melarang, ia tetap mengambil juga dan jikalau emak melarang, ia akan menangis dan tidak mahu pulang ke rumah. Oleh itu, emak terpaksa membeli untuk Mahfuzah.