
Ini ialah peti surat rumah kami.
Peti surat ini dibeli oleh ayah saya dan nombor peti surat ini dibuat di kedai mosikal yang kini berada di Bandar Perda. Harga Peti surat ini ialah RM 5.00 dan upah orang membuat nombor itu ialah sebanyak RM 8.00. Maknanya peti surat lebih murah daripada nombor di peti surat ini.
Hal ini sangat pelik yang berlaku kepada ayah saya pada bulan September 2001. Hal ini menyebabkan ayah saya terkejut kerana sebelum itu, ayah saya ingat murah sahaja, tetapi selepas siap, orang punya kedai itu mengatakan kepada ayah saya harganya RM 8.00.
Oleh sebab itu ayah saya tidak mahu lagi membuat nombor sebegini kerana ia mahal. Sekarang peti surat ini sudah pun rosak, ia rosak di bahagian tempat letak mangga dan plastiknya pula hendak pecah.Oleh itu kami tidak lagi menukar peti surat yang baru kerana akibatnya sayangkan nombor rumah yang dilekat di peti surat ini.