Ini Ialah motor ayah saya.
Ayah saya membeli motor ini di pusat bandar Nibong Tebal. Motor ini dibeli oleh ayah saya kerana ia boleh jimat duit bayaran TOL Jambatan Pulau Pinang dan tak payah bayar TOL PLUS. Sebelum ia membeli motor ini, ayah saya terpaksa naik kereta Toyota LE ke tempat kerjanya.
Selain itu, ayah saya juga kadang-kadang boleh sampai lambat ke pejabat kerana ia kena beratur untuk membayar tol. Oleh sebab itu ayah saya kena tulis surat dan beri kepada bossnya.
Oleh sebab itu, untuk menyelesaikan masalah ini, ayah saya membeli sebuah motor yang berjenama RXZ Yamaha untuk pergi ke pejabatnya. Sekarang ia tidak perlu lagi terlambat ke pejabatnya, beratur dan boleh jimatkan wangnya.